Saturday, March 27, 2010

perlu pengorbanan dan toleransi

agak lama blog ni bersarang tanpa sebarang berita. kebelakangan ni dok tweet je... so u will here a lot from me if you follow my tweets :D

mungkin juga sebab minggu lepas ku bekerja di KLIA dan agak sibuk menguruskan kerja. 
minggu ni pulak ada report nak disiapkan (x siap pun.. keke) 

kerja.. kerja... kerja... 8 x 5 = 40 jam seminggu dihabiskan di ofis, tak termasuk jumlah jam perjalanan ke ofis. 

so bila dah balik rumah, sedikit sebanyak menguruskan rumah dan apa sahaja yg boleh dibuat dlm masa yg pendek. 
yelah, pukul 10pm je dah start ngantuk, so bila dah ngantuk, stop jelah dr buat apa2 and tidur bersama baby. 

minggu2 akan mendatang, pasti lebih sibuk... dengan course dan urusan stok perlu diuruskan. 
semuanya perlu berjalan serentak... perlu dilakukan sebab company saya kerja tiada bonus seperti company lain. usaha perlu ditingkatkan.. chaiyok! 


bila ku decide nak bekerja, byk pengorbanan dalam keluarga perlu dilakukan, termasuklah menerima seadanya yang ku tidak mampu menguruskan rumah tangga atau menghias rumah sperti rumah2 lain... 
Alhamdulillah, ku ada suami yg sgt memahami dan sering menolong apabila diperlukan (dibaca: apabila disuruh). Ku tak dapat bayangkan terpaksa menguruskan rumahtangga walaupun seharian bekerja dan husband akan duduk ronggeng sahaja menghadap tv malahan tidak boleh disuruh menolong.
Dalam keluarga kami, saya masih mempunyai hak untuk bersuara, memberi pendapat, membuat keputusan walaupun ada ketikanya kami sering tak bersependapat. Namun, kami check and balance, dan cari penyelesaian yg terbaik.

Contoh yg terbaik, bila nak decide balik kampung melihat mak ayah. Ada hujung minggu yang tak berapa sesuai untuk balik kampung, tp nak kena balik juga. saya bangkang sbb nak lawat mak ayah sy juga (minggu hadapan adalah birthdayku)... tp bila kami senyap sebentar dan mencari idea, ku akan bersuara.. "jom balik jumaat rumah mak saya, sabtu petang kita balik kampung pula"... abi pula akan berfikir dan akan fikirkan dahulu (as usual ;p ) 

Toleransi perlu ada dalam sesebuah keluarga, andai tiada pasti salah seorang akan pening dan memendam perasaan. akhirnya, dua2 tak sebulat suara. Pasti anda juga alami perkara yg sama... sebaiknya semua perkara perlu dibincangkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik, insyaAllah.

2 comments:

Dayah said...

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.. :)

kkdg benda yg tak diduga n kecik pun buleh jadi punca berbalah..berbalah takapa..tapi peru diselesaikan dgn cara berhikmah kan..smua ni membuatkan kita lebih mengenali psgn dan lebih matang......

sanaa said...

dayah: yup, setuju sgt. nak taknak kena resolve gak isu tersebut, kalau tak nnt memendam perasaan plak.

luckily ada twitter, boleh jadi personal luahan rasa.just need to let it out from the mind :D

Related Posts with Thumbnails