this is one of izzuddin's sequencing of gifts...
i think we gave him the ride just a few days before his birthday...
fascinated that he can move kot, see the video :D
Wednesday, November 18, 2009
izzuddin macam pandai nak mogok... mogok apa?
mogok taknak minum susu dalam botol, time malam semasa aku takde rumah.
samada abi dia yg jaga, or makcik/atuk dia yg jaga... dia tak mau minum susu tu...
sedangkan masa ku di luar atas urusan formal >2hours, memikirkan sejenak adakah izzuddin minum 2-3 botol EBM...
bila balik je, check fridge.. aik.. satu je botol susu luak?? tu pun tak habis minum yg satu botol dipanaskan.
hmmm.... lagi satu, dia belum tidur lagi sedangkan kalau ikut normalnya, he's supposed to be sleeping soundly...
izzuddin, izzuddin.. anak ummi betul lah ni...
macam mana kalau i have to outstation?? or kalau nak gi kelas malam2...?? (uhuk, uhuk... ni intentions only)
bukan apa, takut dia lapar plak.. setia menunggu umminyer pulang...

Wednesday, November 11, 2009
weekends when we clean up the house... izzuddin seems to helps us as well....
this is how ;p
kuat anak ummi ni.... nanti rajin2 tolong ummi abi yer (",)

Monday, November 09, 2009
Penggunaan modern cloth diaper bagi saya adalah sangat menjimatkan....
dari segi apa penjimatan ni??
"alah, you beli dahlah mahal... pastu kena basuh lagi, kena guna air washing machine lagi....jimat apa tu??" ini antara persoalan yang sering saya dengar bila saya ceritakan yang saya gunakan cloth diaper.
Jadi, dari segi apa yang jimatnyer?? Macam mana yang saya kira boleh jimat tu??
Begini, cuba anda beritahu berapa penggunaan disposable diapers anda sebulan??
Rata-rata kata RM100+ sebulan.... selalunya 2-3 packet yang M80 tu... kalau Drypers, bolehlah dapat RM35 satu paket. Kalau mahal sikit, RM45 untuk mamypoko... betul kan??
Jadi sebulan anda menghabiskan RM45 x 2 = RM95 sebulan.
Kalau dah 5 bulan?? RM95 x 5 = RM475... kalau setahun?? RM95 x 12 = RM1140
Hmmm.. kalau 2 tahun?? Dah RM2280... betul kan saya kira ni?? hehe....
Jadi bagaimana pula pengiraan modern cloth diaper??
Ambillah purata satu cloth diaper berharga RM50. Dan anda perlu menggunakan sekurang2nya 5 diaper sehari. Saya suka kira 6 sehari... jadi RM50 x 6 = RM300.
Selalunya cycle basuh 2 hari sekali, jadi anda perlukan 18 x RM50 = RM900.
Campur dengan sabun 'special' dia, boleh tahan 3-4bulan satu botol = RM18, 2 tahun/3bulan = 8 x RM18 = RM144
Campurkan penambahan air dan elektrik sebulan RM10, setahun RM120. Dua tahun RM240.
Oleh itu = RM900 + RM144 + RM240 = RM1280!! Anda dah jimat RM1000 di situ...
seterusnya jika anda rezeki murah, mendapat anak seterusnya dalam masa terdekat... anda tambahkan sahaja RM50 x 12 = RM600, atau anak kedua boleh terus menggunakan cloth diaper anak pertama...
jadi berapa anda boleh jimat disitu?? banyak kan... :D
Saya mengesyorkan pembelian cloth diaper lunatots poket kerana ia kemas, praktikal, dan anda boleh tambah insert untuk penggunaan lebih lama (malam terutamanya). Saya gunakan brand ini untuk nursery kerana ia velcro, sama seperti penggunaan dispo tetapi anda cuma pesan babysitter/pengasuh supaya masukkan dalam wetbag diaper yang telah kotor.
Pakej istimewa lunatots, 5 CD velcro + 5 insert = RM235 (harga asal RM51 x 5 = RM255)
kalau 10 CD velcro + 10 insert = RM470...
Insert tambahan RM15 satu.
Seandainya anda berminat, bolehlah hubungi saya di purpledream34@gmail.com..... dan dengan segera saya akan menguruskan pembeliaan dengan marketing director lunatots...
Seandainya anda tinggal berdekatan, saya boleh membuat demonstrasi pembasuhan, penjagaan dan pengurusan cloth diaper supaya anda lebih bersemangat untuk menggunakan cloth diaper...
Gambar di bawah adalah koleksi lunatots poket izzuddin.. alhamdulillah, semuanya masih elok lagi walaupun digunakan setiap hari!!

Apa kata, kita sama2 bantu dunia untuk kurangkan pembuangan sampah sarap di landfill tu.
Hijaukan bumi anda :D
Saturday, November 07, 2009
blog ku lagi satu macam dah ku tinggalkan... well, not for good lah...
if you were a good follower of me, i blogged since 2005... ahaa.... that's quite far back...
tahun 2009, see... only 5 months of entries...
so i'm starting again... to update it constantly...
apa2 yang tak berkaitan ngan baby or me being a mother...
i'll write it there...
*mood... guilty sebab blog tu lama terbiar... huhu...
Thursday, November 05, 2009
izzuddin can officially walk now...
two days ago, he took 6-7steps and this time we managed to capture his steps...
usually its just 2-3 steps and he sits back.
congratulations boy.... ummi has been waiting for this day to come!
yelah, he was standing up since 9months - trip to UK, and only now... 1year 3 weeks is he able to be brave enough to take his steps...
best... best...!!
*mood excited
(but i know ramai mommies tak kan agree sebab ni lah phase where they'll start to go everywhere!!)
(",)

this is the video...
best... best...!!
*mood excited
(but i know ramai mommies tak kan agree sebab ni lah phase where they'll start to go everywhere!!)
(",)
Wednesday, October 28, 2009
Sedih selepas membaca note sahabat saya Alia UTP kt facebooknyer, mengenai kehilangan permata hati Ustaz Ramadhan Fitri & Khadijah Ismail : Almarhumah NurFatimah... Takziah buat mereka... "Ya Allah, kurniakanlah kekuatan & ketabahan kepada mereka berdua dalam mengharungi ujian ini."
Kali terakhir ku terserempak dengan Ust Ramdahan adalah di Pesta Buku PWTC, tahun 2008... ketika itu ku mengandung 3bulan dan Ust Ramadhan, tak silapku belum lagi berkahwin... Mungkin abi sering jumpa beliau di Program2 Pusat PAS...
Di sini ku copy paste kan hasil tulisan ibu almarhumah NurFatimah tentang peristiwa yang telah berlaku..moga kita boleh mengambil ikhtibar di atas segala yang berlaku.
*******************************************
PENGHARGAAN BUAT SHBT - Dari Khadijah Ismail (ibu almarhumah adik Nur Fatimah)
NUR FATIMAH MILIK ALLAH
“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Surah Al-Hadid : 22-23
“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Surah at-Taghaabun : 11
“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”
Muslim 2/233
“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”
Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242
“ Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, “ Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?”
Ahmad dan an-Nasa’i. Sanad sesuai syarat as-shahih serta ditashihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Fathul-Bari : 11/243
Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith inilah yang sentiasa membantu kami tenang sepanjang tempoh Nur Fatimah di ICU dan melihat sendiri puteri kami berhenti bernafas.. Ibu ayah mana yang tidak sayangkan anaknya dan sedih melihat penderitaan kesakitan anaknya, namun janji-janji Allah yang sentiasa mendamaikan dan membantu kami tabah dan redha.. Syukur pada Allah yang memberikan kami kekuatan, ketabahan dan redha dengan segala yang berlaku..Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kami..
PENGHARGAAN BUAT KELUARGA DAN SAHABAT
Kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaum keluarga, mak, mama, baba, abang2, kakak2, adik2, sanak saudara dekat dan jauh serta sahabat-sahabat dekat dan jauh atas segala bentuk sokongan, doa dan ziarah dari awal Nur Fatimah dimasukkan ke wad kanak-kanak, ICU dan sepanjang jenazahnya di Masjid UPM dan dikebumikan. Kami amat menghargai segala susah payah mak, mama, baba dan adik-beradik yang bersama-sama menjaga Nur Fatimah, mengalunkan bacaan Al-Quran untuknya, berulang dari Johor dan Pulau Pinang yang bukannya dekat untuk memberi sokongan, menjaga dan mendoakan Nur Fatimah, juga sanak saudara yang tidak putus-putus berziarah, membawa makanan kepada kami, membantu urusan jenazah dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak mampu kami balasnya melainkan Allah sebaik2 Pemberi Balasan..
Kami juga sangat terharu dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan, datang berziarah, menelefon, SMS, memberi sokongan material dan emosi sehinggalah ke hari ini. Sukar untuk kami menyebutkan satu persatu nama sahabat kerana bimbang ada yang tertinggal, cukuplah nama sahabat2 semua berada dalam hati kami dan Allah akan membalasnya.
Begitu juga ucapan terima kasih buat pengurusan Hospital Putrajaya, Doktor-Doktor Pakar di Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, PPUM dan nurse yang sentiasa sabar dan berdedikasi dalam kerjaya dan membantu sepanjang merawat anak kami.
HARI-HARI YANG MENDEBARKAN
Sukar untuk saya mengingat kembali detik-detik penuh cemas dan mendebarkan, kerana pasti saya akan terbayang-bayangkannya. Setiap kali sahabat dan sanak saudara bertanya tentang punca dan kejadian semasa berlaku dan pertanyaan-pertanyaan mengapa, apa dan bagaimana, saya berusaha untuk menjawabnya sebaik mungkin walaupun di hati ini berasa tidak senang dan letih untuk menjawabnya lantaran berulangkali dan menyebabkan teringat perkara-perkara yang menyedihkan. Namun saya faham keprihatinan family dan sahabat-sahabat semua kepada kami.
Bermula dengan menghantar Nur Fatimah ke Nursery dengan gelak tawa yang cukup menghiburkan, mendapat panggilan dari pengasuh bahawa setelah lama menangis, tiba-tiba Nur Fatimah lemah, saya terus ke Nursery dengan linangan air mata dan melihat Nur Fatimah berda dalam dakapan owner Nursery yang sampai dahulu dari saya. Menyangka Nur Fatimah inginkan ibunya, saya terus mendakap dan ingin menyusukannya, namun takut di hati apabila Nur Fatimah tidak membuka matanya dan kejang seperti sawan dan terus menghantarnya ke Hospital An-Nur tempat kelahirannya dan dipindahkan ke wad kanak-kanak di Hospital Putrajaya lebih kurang pukul 3 petang Khamis 9 Oktober 2009. Sepanjang perjalanan ke Hospital An-Nur, saya tidak putus-putus membacakan Fatihah, Ayat Kursi dan ‘Bismillahillazi La Yadurru...’ kepadanya. Beberapa kali Nur Fatimah kekejangan di kereta dan juga di wad kanak-kanak walaupun telah dimasukkan ubat anti sawan. Setelah otak discan dan diambil air tulang belakangnya di wad kanak-kanak, dalam pukul 1pagi Jumaat, saya melihat wajah Nur Fatimah dan ketika itu tiba-tiba matanya terbuka dan kemudian tertutup, seolah-olah malaikat telah menjemputnya pergi, kemudian alat pengukur kandungan oksigen menunjukkan penurunan mendadak oksigen dalam badan namun kemudiannya normal. Setelah nurse pergi, saya melihat kembali wajah Nur Fatimah, namun terkejut melihat tiada tanda-tanda pernafasan di badannya dan melihat mulutnya seperti menyedut udara. Saya panggil doktor dan doktor sudah ‘standby’ dengan ‘alat renjat’, namun tidak digunakan kerana setelah mengepam bantuan pernafasan, jantung Nur Fatimah kembali berdenyut. Setelah dimasukkan ke ICU, di luar ICU, suami mengangkat tangan berdoa dan saya mengaminkan dengan sedu sedan menangis.. “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha” antara doa yang diingati.
“ Kita doa yang terbaik untuknya ya,” dengan mata merah, abang mengingatkan saya.. Benar, kekuatan abang menyebabkan saya berusaha untuk tabah dan redha..
14 HARI DI ICU
Sepanjang tempoh ini, perkara paling menakutkan kami adalah apabila berjumpa dengan doktor. Sejak dari mula lagi doktor telah mengingatkan dan memberikan segala sebab musabbab realiti agar kami bersedia.
” Nur Fatimah mengalami kecederaan otak yang sangat teruk. Dari scan kedua, memang nampak lebih teruk lagi. Mengikut pengalaman kami, dari dua kes terdahulu, memang berakhir dengan kematian. Saya minta maaf sangat, tetapi kami berusaha yang terbaik, memang kita perlu berusaha dan bersangka baik, dengan izin Allah ada miracle, tetapi kita perlu tahu juga realitinya mengikut ilmu perubatan.”
Bertanya kepada Doktor Arini, pakar kanak-kanak Hospital Putrajaya, pelbagai perkara, simptom, punca dan sebagainya, namun hakikatnya, benar semuanya adalah musabbab yang Allah berikan. ”
Biasanya terjadi di nursery, mak ayah jangan salahkan diri, saya faham mak ayah risau, lagipun anak pertama, baby nangis banyak takkan terjadi kecederaan sebegini, biasanya terjadi dengan sebab goncangan yang kuat biasanya dengan sebab kemarahan, atau hayunan buaian kuat menyebabkan gegaran di kepala.” Air mata tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk keluar kerana memikirkan takut-takut kesalahan saya menyebabkan Nur Fatimah begitu. Berulangkali Doktor menjelaskan kepada kami kerana berulangkali juga kami bertanya sama ada boleh tak terjadi sekiranya kerana berjalan jauh semasa raya, takut nur fatimah penat atau kerana banyak sangat nangis sehingga kata-kata orang menyebabkan kurang oksigen sampai ke kepala.
14 hari di ICU juga tidak putus-putus kami membaca Fatihah, Ayat Kursi dan Yasiin kepada Nur Fatimah dengan niat supaya menjadi penawar, syifa’ kepadanya, sehingga suami sempat bergurau, ”nanti kalau Nur Fatimah sihat, mesti dia dah hafal surah Yasin.” 14 hari di ICU juga, pelbagai masjid menunaikan solat hajat, sanak saudara dan sahabat pula tidak putus-putus berkunjung, terima kasih diucapkan. Setiap kali bertemu Nur Fatimah, hati rasa bersemangat kembali walaupun masih tidur. Ucapan kami tidak putus-putus pada telinga Nur Fatimah, ” Mama Baba sayang sangat pada Nur Fatimah, Mama Baba minta maaf segala salah silap mama baba pada Nur Fatimah ye, Mama Baba doakan yang terbaik untuk Nur Fatimah, Nur Fatimah bukalah mata, baliklah dengan mama baba kat rumah”Juga berusaha pelbagai perkara, selain ubat doktor, ubat-ubat lain yang dibenarkan juga beserta air zam-zam serta air penawar juga diberikan, berusaha sedaya mungkin kerana kita tidak tahu taqdir yang Allah tentukan padanya, harapan kami tentulah puteri Nur Fatimah sihat dan sembuh...
12 Oktober 2009 merupakan genap setahun pernikahan kami, namun Allah menguji kami dengan ujian berat ini, Nur Fatimah masih ’tidur’ di ICU. SMS baba pada kami : ”Abg dan Djah! Setahun berlalu abg dan Djah bergelar suami isteri. Sudah 3bulan menjadi ayah dan ibu kepada puteri Nur Fatimah. Ulangtahun abang dan Djah dikalong ujian dari Allah, putri cucu ba dan ma , ’tidur’ tenang. Luruh segala kudrat, kering air mata, sebak melanda jiwa, cucu ba dalam ujian Ilahi. Yang terdaya cumalah munajat yang sarat dengan hajat, agar Nur segera sihat. Abg n Djah, la tahzan! Ba, Ma dan adik-adik ucapkan ’tahniah’ sempena setahun berijab qabul. Kami terlalu sayang pada abang n kak Khadijah, dan sekuntum melur cantik, Nur Fatimah! Ba sebak dalam tangisan!”
3 Zulkaedah 1430H, 22 Oktober 2009, ALLAH LEBIH SAYANGKAN NUR FATIMAH
Pukul 4.30pagi Khamis, nurse di ICU call minta datang ke ICU, heartbit semakin menurun. Bergegas ke ICU, pukul 4.55 pagi, kami sampai dengan emak yang tidur bersama di rumah. Sesampainya di sana, heartbit dan tekanan darah semakin lemah. Kami berulang kali membaca Yasiin, Surah Al-Ikhlas, Surah Fatihah dan ayat Kursi serta membisikkan syahadah kepada Nur Fatimah. Benar, janji Allah pasti berlaku. Sesudah kami menunaikan solat Subuh, saya mohon pada Doktor untuk memangku dan memeluk Nur Fatimah, doktor izinkan. Dengan masih bantuan pernafasan di mulut, Nur Fatimah berhenti bernafas di pangkuan, sebagaimana kata doktor, lama-lama jantung tidak akan larat juga untuk mengepam walaupun ada bantuan pernafasan. Nur Fatimah ’tidur selama-lamanya’ di pangkuan mama bersama baba dan nenek. Air mata masih lagi laju seperti tidak mahu berhenti, namun mulut masih lagi membisikkan laa Ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah kepada Nur Fatimah. ” Tenanglah sayang, Allah lebih sayang pada Nur Fatimah.
” Itu yang terbaik pada Nur Fatimah, abang masih lagi ada Khadijah” kata-kata abang bagai menyimbah air di hati. Benar, apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk Nur Fatimah, dunia dan akhiratnya. Syukur pada Allah yang mencampakkan rasa ketenangan dan redha dalam hati sepanjang hari itu. Hati rasa puas dapat menjaga Nur Fatimah, dapat membaca Al-Quran bersamanya dan dapat mengalirkan susu di dalam badannya walaupun melalui tiub. Ketika mengambilkan wudhu’ ke badan Nur Fatimah selepas memandikannya, membasuh tangan Nur Fatimah sambil berkata dalam hati,” Nur Fatimah, nanti pegang tangan mama baba kuat-kuat ye sayang dalam syurga, tolong mama baba dapat sama-sama di syurga.” Ketika membasuhkan kakinya, ” Nur Fatimah, tunggulah mama baba sama-sama di syurga ya!”
Talkin yang baba baca di perkuburan menyebabkan air mata tumpah lagi, ”pasti cucu baba sedang bermain-main di syurga, jumpa tok ismail, tok piah.” begitulah yang selalu tok wan baba cakap. ”Title datuk dah ditarik balik nampaknya!”wan baba kata pada kawannya. ”Mak, cucu mak dah tinggal 8orang balik, ain je cucu perempuan mak” abang kata pada mak.
JAULAH PUTRAJAYA
Hari sabtu, 2 hari kemudian, kepala semakin lapang dapat berjalan-jalan sambil bergambar di putrajaya bersama baba,mama dan adik-adik. ” Kalau Nur Fatimah ada mesti dia yang jadi subject kita ambil gambar.”
Banyak benar pengajaran dan ingatan Allah kepada hamba-Nya yang sememangnya lemah ini, yang kadangkala melupaiNya. Nyawa kita berada dalam genggaman-Nya. Perlu sentiasa bertaubat lantaran kadang-kadang hati kita mungkin terlupa dengan kekuasaanNya, bangga diri atau takbur dengan pemberianNya, melupai bahawa Allahlah penjaga makhlukNya. Ujian Allah sebenarnya menjinakkan kembali hati dan menguatkan kembali rohani, moga-moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan memberikan yang lebih baik lagi di kemudian hari..
”Nur Fatimah, mama baba sayang sangat pada Nur Fatimah, tapi Allah lebih sayangkan Nur Fatimah! Nur Fatimah tetap permata hati mama baba, anak sulong mama baba! Doakan mama baba dapat bersama-sama Nur Fatimah di syurga, jangan lupakan mama baba...”
Ya Allah, kami mohon yang lebih baik dari-Mu, Engkau yang Maha Mengetahui yang lebih baik dan terbaik, bantulah kami sentiasa mengingatiMU, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalan kami semata-mata keranaMU... Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan kami zuriat selama 108hari, menatap wajahnya, menyusukannya dan menjaganya, Maha Suci Engkau dan Maha Penyayangnya Engkau kepada hamba-hambaMu, pandanglah kami dan janganlah Engkau tinggalkan kami, bantulah kami dalam segala urusan kami, wahai Allah, Tuhan yang Maha Memberi..
Alhamdulillah....

ni link peserta-peserta terakhir, jom tengok sini!
mula2 tak nampak muka dia, tiba-tiba mataku jumpa seseorang yang familiar... can you spot him?? hehe...
banyak lagi gambar tersenarai... so bolehlah browse thru kot2 ada baby kenalan lain yang korang kenal... top ten this friday announce, winner on tuesday next week....
doa byk2 boleh menang... it's fun actually join contest ni... hehe...
and honestly, semua baby tersenarai comel2 belaka :D
Thursday, October 22, 2009
never give ice-cream to izzuddin right after dinner, or else he'll end up playing around sooooo hyperactively.
he'll start climbing all those small boxes, balancing himself...
playing as if it's still daytime... didn't manage to take a video of his act...
to make him go to sleep, i had to close the bedroom door and let it be dark...
too dark i couldn't even see his face...
huhu...
or is it a phase where he is actively playing right now??

Subscribe to:
Posts (Atom)